The Kaya Raya

By: The Financial Coconut
  • Summary

  • The Kaya Raya adalah sebuah audio siar yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kewangan para pendengar dengan membincangkan topik dan isu-isu yang menarik berkaitan pelaburan dan pengurusan kewangan yang selaras dengan hukum Syariah. Audio siar ini menampilkan jemputan khas seperti para-para pelabur yang berpengalaman, pakar-pakar kewangan dan juga usahawan-usahawan terkemuka.

    Antara kandungan utama yang dikongsikan di dalam perbincangan audio siar ini adalah mengenai pelaburan saham, hartanah, emas, insurans, belanjawan dan juga perancangan untuk persaraan.

    Audio siar ini juga menyiarkan kisah jatuh bangun para usahawan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pendengar untuk menguruskan kewangan dengan lebih bijak demi mencapai gaya hidup yang lebih selesa serta bebas dari belenggu kewangan.

    Dengarkan kami setiap minggu untuk mempelajari sesuatu yang baharu!


    Hosted on Acast. See acast.com/privacy for more information.

    Copyright 2024 All rights reserved.
    Show More Show Less
activate_samplebutton_t1
Episodes
  • Adakah CPF cukup untuk bersara? [ft. CEO Pergas Investment & Direktor Avallis Financial]
    Sep 2 2024

    Kaya Raya episod 1, kita explain tentang CPF, interest, dan macam mana government invest dalam GIC.


    1. Apa itu Konsep CPF

    2. CPF halal atau haram sebenarnya?

    3. Adakah riba itu hadiah?

    4. Bagaimana gomen melabur duit CPF dalam GIC & impak terhadap masyarakat

    5. Fatwa dan hukum bila guna duit CPF


    Jom dengar perspektif berbeza dari tetamu khas kami, Dr Shamsiah, CEO of Pergas Investment Holdings dan Encik Muhammad Syafiq, Director at Avallis Financial


    Jangan lupa tontoni podcast ni untuk dapatkan insight yang lebih mendalam.

    Ingat subscribe The Kaya Raya Podcast.

    Terima kasih kerana menyokong kami!


    Hosted on Acast. See acast.com/privacy for more information.

    Show More Show Less
    45 mins

What listeners say about The Kaya Raya

Average customer ratings

Reviews - Please select the tabs below to change the source of reviews.