• Warga Sabah Kekalkan Warisan Meskipun Jauh Dari Negeri Di Bawah Bayu

  • Aug 29 2024
  • Length: 8 mins
  • Podcast

Warga Sabah Kekalkan Warisan Meskipun Jauh Dari Negeri Di Bawah Bayu

  • Summary

  • Walaupun jauh dari negara yang dirindui, warga Negeri Di Bawah Bayu yang kini menetap di Australia tidak mengabaikan warisan kebudayaan mereka. Sempena pesta menuai tahunan yang disambut oleh semua suku kaum di negeri indah yang terletak di bahagian utara pulau besar Borneo, Persatuan Kebudayaan Sabah Melbourne menganjurkan Pesta Kaamatan 2024. Pesta meriah sepanjang hari melihat warga Sabah di ibu kota Victoria mengambil bahagian dalam pelbagai persembahan dan pertandingan, termasuk pemilihan juara Sugandoi dalam pertandingan menyanyi serta pemilihan Ratu Cantik Zandi Tavanus dan Ratu Unduk Ngadau. Pesta Kaamatan 2024 turut melihat sajian hidangan enak, termasuk sajian Hinava ikan mentah yang popular di negeri Sabah. Cabutan bertuah turut diadakan dengan kemuncak cabutan melihat seorang pemenang bernasib baik memenangi sebuah kereta. Syabas kepada Flora Stepen, selaku Presiden Persatuan Kebudayaan Sabah menganjurkan Pesta Kaamatan 2024, sekaligus mengekalkan warisan budaya kepelbagaian suku kaum dari negeri yang indah di bawah bayu.
    Show More Show Less
activate_samplebutton_t1

What listeners say about Warga Sabah Kekalkan Warisan Meskipun Jauh Dari Negeri Di Bawah Bayu

Average customer ratings

Reviews - Please select the tabs below to change the source of reviews.